Back

Mengenai EMERALD AUTO PARTS

Emerald Auto Parts adalah ‘The Braking System Expert’, dan juga Pengedar Rasmi Brembo di
Malaysia termasuk jenama premium lain seperti Remsa, Sanwa, BSK, Champion, Sam, Seiken,
TSK dan banyak lagi.

Sebagai pasukan yang dinamik dengan pengalaman 40 tahun, Emerald ialah satu-satunya
pengedar di Malaysia yang menawarkan pad brek dan cakera brek untuk semua model kereta di
Malaysia.

Komitmen kami untuk menawarkan pilihan produk sistem brek yang berkualiti dan mampu milik kerana ‘Emerald Prihatin Tentang Keselamatan Dan Nyawa Anda’.

Sebagai peneraju pasaran dan masih berkembang pesat, Emerald sentiasa terbuka untuk kerjasama dan kolaborasi positif. Kami berbangga menjadi Rakan Strategik Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Kami mendekati semua peringkat pelanggan dan komuniti, melalui pengetahuan dan kesedaran termasuk program sistem brek dan pengaktifan media sosial.

Memandangkan industri automotif secara konsisten bergerak ke hadapan ke teknologi, inovasi dan generasi baharu, Emerald akan pastikan untuk terus relevan dan ‘A Timeless Company’.

Visi Kami

Untuk menjadi peneraju antarabangsa dalam Industri Automotif dengan memberi kesan positif terhadap Pengalaman Pelanggan, Kesejahteraan Pekerja, Inovasi dan Pertumbuhan Keseluruhan.

Misi Kami

Misi kami adalah untuk menawarkan produk berkualiti tinggi, penyedia penyelesaian dan perkhidmatan terbaik yang memastikan tahap kepuasan tertinggi dan keselamatan pelanggandipenuhi. Kami adalah syarikat yang boleh dipercayai kerana kami menghargai nilai kehidupan manusia.

NILAI KAMI